Wednesday, June 4, 2014

Si pengguris hati.

Assalamualaikum. Hi.

Bersyukur diberi peluang untuk hidup--
Hidup dalam keadaan disayangi oleh ramai orang pasti bahagia bukan?

Namun tanpa kita sedari ada orang yang akan terguris hatinya-
Hati?
Ya, hati. Hati yang perlu dijaga,
Hati yang perlu dibelai dengan kasih sayang,

Apabila perkataan "setia" diungkapkan oleh si penambat hati,
Bibir seolah-olah berhenti untuk berbicara dan
Fikiran akan jadi buntu untuk sementara--
Apakah ini kesan darinya?

Sedang asyik aku duduk dan termenung,
Aku teringat akan pesan ibuku kepadaku-
Dia berkata 'Perjalanan hidup masih jauh dan aku perlukan masa depan yang baik supaya keturunan aku tidak seksa di kemudian hari.

Sebelum mengejar cinta, haruslah berlari mengejar cita-cita terlebih dahulu--

Hidup di usia yang masih muda--
Aku ada seseorang yang berjaya menambat hatiku,
Dialah si pemberi semangat di kala aku jatuh rebah ke bawah,
Aku ingin bahagia bersama tanpa orang ketiga-

Jika benar dia yang Allah tetapkan kepadaku--
Aku bersyukur.
Jika tidak, aku tidak akan pernah mengeluh kerna aku tahu jodoh dari Allah tentu yang baik dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

Si penguris hati--
Aku memohon seribu kemaafan kerna tidak dapat menjadi wanita yang menyanyangimu,
Aku cuma orang biasa,
Kadang kala tidak terlepas untuk membuat salah.

Biarkanlah masa lalu kita dijadikan kenangan yang terindah--
Supaya apabila dikenang, ia akan membuat kita tersenyum indah di hari kelak.

Untuk si penguris hati--
Aku doakan segala yang baik untuk dikau,
Aku yang pilih jalan lain, 
Aku akan cuba pastikan aku akan buat yang terbaik tanpa mengunkap kata menyesal. 
Maaf kan aku.