Tuesday, December 24, 2013

Life.

Assalamualaikum. Hi.



Kadangkala hidup ini langsung tidak dapat diduga.
Ajal maut, jodoh pertemuan sudah diaturkan sejak azali lagi.

Tatkala seorang bayi mencelik mata, 
Ada pula yang pergi meninggalkan dunia ini.

Tatkala sepasang kekasih diijab kabulkan,
Ada pula suami isteri yang bercakaran.

Kehidupan bagaikan penuh dengan kejutan.
Ya, pelbagai.

Namun, sesuatu yang tidak dapat diduga pasti akan berlaku.
Banyak perkara yang sering kita terlepas pandang.

Tapi kita kena ingat walaupun seteruk mana pun ujian yang Allah bagi,
Pasti ada hikmahnya.

Kita jangan sesekali salahi takdir.
Kerna kita bukan selalu sempurna.


Monday, December 16, 2013

Nasihat.

Assalamualaikum. Hi.

Aku rasa lama juga aku menyepi.
Menyepi dari segala benda mungkin.

Tapi, lama kelamaan aku rindu,
Rindu nak bercoret dekat ruang ni.

Hari ni aku nak bercerita.
Sebenarnya bukan nak bercerita sangat,
Tapi aku nak bagi pendapat untuk kawan aku yang baru putus cinta tadi.

Kadang-kadang aku simpati juga apa yang berlaku,
Aku pun tak hebat nak bagi nasihat,
Setakat dengar dan angguk kepalaa boleh lah.

Aku percaya cinta itu ada,
Tapi kita jangan terlalu mempercayai,
Jangan terlalu cepat serah diri.
Kita kena kuat lawan segala benda yang mungkin kita tak expect.

Aku tahu susah nak lupa orang yang kita sayang,
Lagi-lagi dia yang selalu ambil berat pasal kita.
Yang selalu siang malam, pagi buta tanya "Sayang, you dah makan belum?"
Ambil berat bukan?

Tapi, kita jangan lemah.
Jangan mudah mengalah pada seorang lelaki yang belum tentu suami kita.
Ya, mungkin sometimes kita kena mengalah bukan?

Aku nasihatkan,
Jika ada ego yang meninggi dan sangat tinggi bagai Gunung Kinabalu tuh,
Boleh lah slow slow direndahkan.
Bukan apa, sebab ego je hubungan kita boleh musnah.
Percayalah.


Aku rasa aku jadi tergamam sekarang tiba tiba boleh tulis pasal entri ini, ibarat aku doktor cinta pula. Hahaha